Syarikat dengan nama MENGKUANG VENTURE menumpukan kepada dua projek pertanian secara "contract farming" iaitu ternakan cacing untuk pengeluaran baja vermikompos dan tanaman jangka pendek serai jenis peha ayam. Blog seterusnya akan berkongsi profile syarikat serta pengalaman kami dalam bidang pertanian.
Kerja-kerja pembersihan tapak tanaman
serai memakan masa selama 7 hari untuk keluasan ladang 1 ekar, kerja-kerja termasuklah pembinaan jalan masuk, merata tanah, serta parit saluran air.
Untuk projek ternakan cacing jenis Tiger dan Red worm, syarikat melabur sebanyak RM5000.00 untuk membeli 10Kg cacing bagi tujuan pembiakan dan pengeluaran baja kompos.