Saturday, April 25, 2009

PERKEMBANGAN BULAN APRIL

ASSALAMUALAIKUM.....SALAM SEJAHTERA

ATAS BERKAT SERTA USAHA YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH SEMUA AHLI SYARIKAT PROJEK MV MASIH BERJALAN SERTA MENERUSKAN PERJUANGAN UNTUK BERTAPAK DI DALAM DUNIA PERNIAGAAN. BANYAK CABARAN SERTA DUGAAN YANG DIHADAPI UNTUK MENDAKI KE TAHAP INI, DAN MASIH BANYAK CABARAN YANG BAKAL DITEMPUH.


CABARAN UTAMA UNTUK SYARIKAT YANG KECIL SEPERTI INI IALAH MODAL, MASALAH MODAL UNTUK KOS PUSINGAN SERING MEMBELENGGU SERTA MENJADI SEBAB UTAMA KEBANYAKAN PROJEK GAGAL DIPERTENGAHAN.

WALAUPUN DENGAN PERANCANGAN RAPI DIPERINGKAT AWAL, PERBELANJAAN DILUAR JANGKAAN MENJADI MUSUH UTAMA. DALAM MENGHARUNGI CABARAN INI, MV TIDAK TERKECUALI DARI MASALAH INI, REALITI INI TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN.

BUAT MASA INI MV HANYA BERGANTUNG KEPADA HASIL DARI PROJEK CACING, PEROLEHAN DARI JUALAN BAJA DAPAT MENAPUNG SEMULA PERBELANJAAN BULANAN.

BAGAIMANAPUN PIHAK SYARIKAT MASIH MENGHARAPKAN MENDAPAT BANTUAN DARI PIHAK YANG BERKENAAN SERTA MENGHARAPKAN KERENAH BIROKRASI DAPAT DIHAPUSKAN.

Monday, March 16, 2009

PERKEMBANGAN TERBARU MENGENAI PROJEK TERNAKAN CACING

ASSALAMUALAIKUM

PADA SESI PERBINCANGAN AHLI SYARIKAT YANG LALU, SEMUA AHLI TELAH BERSETUJU UNTUK MEMPERUNTUKKAN SEJUMLAH WANG BAGI MENJALANKAN KERJA-KERJA PEMBINAAN SEBUAH PONDOK TERNAKAN CACING. INI BERTUJUAN UNTUK MENGURANGKAN KOS TANGGUNGAN SEWA RUMAH YANG MANA LEBIHAN WANG JUALAAN DAPAT MEMASTIKAN KOS OPERASI DAPAT DITAMPUNG SEPENUHNYA SERTA MENJAMIN MARGIN YANG POSITIF. DITAMBAH DENGAN PENINGKATAN HASIL JUALAN DIHARAPKAN PENDAPATAN SYARIKAT AKAN MENJAMIN KEJAYAAN SYARIKAT UNTUK LAIN-LAIN PROJEK PADA MASA AKAN DATANG.


TERNAKAN CACING TELAH DIPINDAHKAN PENGHUJUNG BULAN DUA YANG LALU, TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI YANG TERLIBAT DENGAN PROJEK INI.

Wednesday, January 7, 2009

PROJEK TANAMAN SERAI

Selain ternakan cacing kami juga memperuntukkan sejumlah modal bagi memulakan Projek Tanaman serai Peha Ayam secara contract farming dengan CWA Lemongrass Sdn bhd. Projek ini dijalankan di sebidang tanah berkeluasan 1 ekar di Mukim Mengkuang Bukit Mertajam Penang.

Projek tanaman serai dipilih oleh ahli syarikat memandangkan kos permulaan projek yang tidak terlalu besar dan dianggarkan diantara RM5000-RM7000 untuk seekar, kos yang dianggarkan ini sehinggalah hasil dituai. Bagaimanapun kos pusingan kedua akan berkurangan 30% kerana kerja-kerja penyediaan tapak tidak lagi diperlukan seperti pemasangan paip air serta pagar tanaman.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana memberi bantuan untuk kerja membajak tanah, serta ribuan terima kasih kepada ahli syarikat yang banyak menyumbang masa dan tenaga bagi memastikan projek berada ditahap ini.

Kerja-kerja tanah telah bermula awal September 2008 lagi dan baru sahaja selesai kerja-kerja penanaman pada hujung Disember 2008. Kelewatan projek ini disebabkan beberapa masalah teknikal tetapi berjaya diselesaikan dengan kesabaran serta kesungguhan ahli.

Hasil dijangka akan di pungut pada bulan Jun 2009, dalam tempoh ini banyak kerja-kerja lain seperti merumput serta membaja perlu dijalankan bagi memastikan serai yang ditanam mengikut saiz yang diperlukan.

Kerja memasang pagar telah dijalankan serentak dengan kerja penanaman serai, ini bagi memastikan tanaman tidak diganggu oleh binatang ternakan. Kos yang dianggarkan sejumlah RM1000-RM1500 termasuk kos pekerja.Setakat ini syarikat hanya menggunakan pekerja secara kontrak dibayar mengikut bilangan jam bekerja disebabkan syarikat ini masih baru serta kurang berkemampuan dalam soal penggajian.

Diharapkan dengan projek perintis kami ini Tahun 2009 akan membuka lebih peluang kepada kami untuk mendapatkan sebarang bantuan baik dari segi modal mahupun sokongan dari mana-mana agensi bagi memastikan syarikat ini terus berkembang.

Konsep syarikat ialah untuk mempelbagaikan cabang perniagaan bagi memastikan risiko berkurangan serta pulangan yang lebih konsisten melalui projek yang berlainan.

Untuk ladang berkeluasan 1 ekar jumlah berat serai yang dihasilkan dianggarkan diantara 10 ke 15 tan.Kami juga masih baru dalam teknik penjagaan serai, diharapkan ada agensi kerajaan dapat membantu untuk memberi khidmat sokongan kepada kami.

Sunday, January 4, 2009

PROJEK TERNAKAN CACING KOMPOS

Dengan bekalan serta tunjuk ajar dari KULIM WORM AGROTECH (KWA) kami di MV berjaya mengeluarkan hasil baja kompos atau vermikompos hasil cernaan cacing keatas medium (kompos) yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan oleh induk.

Kami telah bermula dengan Cacing jenis Tiger dan Red worm sebanyak 1okg pada awal september 2008. Mengikut kiraan dengan jumlah cacing 10kg kami dapat menghasilkan baja vermikompos sebanyak 300kg (anggaran) sebulan.

Harga jualan sekilo baja kompos ditetapkan oleh kehendak pengguna kebisaannya didalam lingkungan RM3.00-RM4.50 untuk sekilo.

Qualiti baja kompos yang dihasilkan bergantung kepada qualiti medium yang dihasilkan dan ini sentiasa dipantau oleh induk bagi memastikan baja yang dihasilkan menepati spesifikasi serta berkesan ketika digunakan pada tanaman. Bahan medium yang bercampur aduk kurang digalakkan untuk tujuan pemasaran.

Cara ternakan mengikut induk, bekas kecil digunakan bagi memuatkan anggaran 1kg cacing beserta 10kg medium untuk jangka 10 hari. Bekas yang bersaiz kecil digunakan bertujuan memudahkan pengendalian ketika kerja-kerja pengasingan dijalankan.

Kompos yang telah melalui proses cernaan mengikut masa yang tertentu akan melalui proses pengasingan.

Vermikompos yang telah siap melalui proses pengasingan akan terus dibungkus untuk tujuan pemasaran. Cacing merupakan ternakan yang tidak rumit baik dari segi pengurusan mahupun pemasaran. Modal yang diperlukan juga tidak terlalu besar, walaubagaimanapun keuntungan yang diperolehi agak lambat berbanding dengan lain-lain ternakan tetapi jika ada strategi atau kaedah pemasaran mungkin akan membantu syarikat mendapat modal serta keuntungan, dan kami di MV masih melalui fasa ini bagi memastikan projek ini memberi pulangan kepada pemilik saham syarikat. Kepada siapa yang berminat untuk mendapatkan baja vermikompos boleh berhubung terus dengan kami no tel 0125595682/0194156778 email mengkuang.venture.farm@gmail.com.

Thursday, January 1, 2009

CARTA ORGANISASI


Carta organisasi syarikat MENGKUANG VENTURE

Carta organisasi ini adalah lantikan awal jawatan untuk setiap pemegang saham syarikat secara tidak rasmi dan mungkin akan berubah setelah semua pentadbiran syarikat berfungsi sepenuhnya.


Profile ahli lembaga pengarah syarikat yang memegang saham di dalam syarikat MENGKUANG VENTURE.

Carta tugas ini bagi memastikan perjalanan perniagaan lebih teratur, pembahagian tugas dapat memastikan kecekapan syarikat dan akan mempengaruhi kejayaan untuk setiap projek yang dijalankan.