Sunday, January 4, 2009

PROJEK TERNAKAN CACING KOMPOS

Dengan bekalan serta tunjuk ajar dari KULIM WORM AGROTECH (KWA) kami di MV berjaya mengeluarkan hasil baja kompos atau vermikompos hasil cernaan cacing keatas medium (kompos) yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan oleh induk.

Kami telah bermula dengan Cacing jenis Tiger dan Red worm sebanyak 1okg pada awal september 2008. Mengikut kiraan dengan jumlah cacing 10kg kami dapat menghasilkan baja vermikompos sebanyak 300kg (anggaran) sebulan.

Harga jualan sekilo baja kompos ditetapkan oleh kehendak pengguna kebisaannya didalam lingkungan RM3.00-RM4.50 untuk sekilo.

Qualiti baja kompos yang dihasilkan bergantung kepada qualiti medium yang dihasilkan dan ini sentiasa dipantau oleh induk bagi memastikan baja yang dihasilkan menepati spesifikasi serta berkesan ketika digunakan pada tanaman. Bahan medium yang bercampur aduk kurang digalakkan untuk tujuan pemasaran.

Cara ternakan mengikut induk, bekas kecil digunakan bagi memuatkan anggaran 1kg cacing beserta 10kg medium untuk jangka 10 hari. Bekas yang bersaiz kecil digunakan bertujuan memudahkan pengendalian ketika kerja-kerja pengasingan dijalankan.

Kompos yang telah melalui proses cernaan mengikut masa yang tertentu akan melalui proses pengasingan.

Vermikompos yang telah siap melalui proses pengasingan akan terus dibungkus untuk tujuan pemasaran. Cacing merupakan ternakan yang tidak rumit baik dari segi pengurusan mahupun pemasaran. Modal yang diperlukan juga tidak terlalu besar, walaubagaimanapun keuntungan yang diperolehi agak lambat berbanding dengan lain-lain ternakan tetapi jika ada strategi atau kaedah pemasaran mungkin akan membantu syarikat mendapat modal serta keuntungan, dan kami di MV masih melalui fasa ini bagi memastikan projek ini memberi pulangan kepada pemilik saham syarikat. Kepada siapa yang berminat untuk mendapatkan baja vermikompos boleh berhubung terus dengan kami no tel 0125595682/0194156778 email mengkuang.venture.farm@gmail.com.

No comments:

Post a Comment

KONGSI SEGALA IDEA SERTA CADANGAN ANDA